Anda di sini!
Utama > Sukan > Jerman Belasah Norway

Jerman Belasah Norway

Juara dunia Jerman membelasah Norway 6-0 dalam aksi Kumpulan C, meledak empat kali di babak pertama termasuk dua jaringan Timo Werner.

Kemenangan itu meletakkan mereka semakin hampir dengan pusingan akhir di Russia tahun depan bagi memulakan kempen mempertahan kejuaraan.

Skuad kendalian Joachim Loew itu memastikan kemenangan milik mereka dengan meledak tiga gol dalam tempoh 21 minit pertama, dan boleh mengesahkan tiket kelayakan pada pertemuan dengan Ireland Utara pada 5 Oktober.

Jerman, juara dunia empat kali, yang turut mencatat jaringan menerusi Mesut Ozil, Julian Draxler, Leon Goretzka dan Mario Gomez, hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka – di Belfast dan tiga hari kemudian di laman sendiri melayan kunjungan Azerbaijan.

Ireland Utara di tangga kedua, lima mata di belakang Jerman yang mengumpul maksimum 24 mata. – Reuters

Leave a Reply

Top