“Jangan biarkan IS terlepas dengan pembunuhan beramai-ramai mereka,” berikut ucapan Amal Clooney sewaktu berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lapor USA Today.

Beliau yang juga merupakan peguam antarabangsa hak asasi manusia bersuara di PBB setelah siasatan  jenayah yang dilakukan kumpulan militan IS di negara Islam seolah-olah terhenti.

“Sebelum ini, saya telah menyatakan sokongan saya terhadap inisiatif United Kingdom (UK)untuk mempunyai Majlis Keselamatan menubuhkan siasatan terhadap jenayah IS di Iraq.

“Sejak beberapa bulan lepas juga, saya telah berjumpa dengan pegawai-pegawai dan ahli-ahli Majlis Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) dan PBB warganegara Iraq untuk membincangkan mengenai isu ini dan kesemua mereka menyokongnya,” katanya

Bagaimanapun, sementara kerajaan UK telah menggubal resolusi untuk melakukan siasatan dan kerajaan Iraq telah meluluskannya, Iraq telah gagal untuk mengeluarkan permintaan rasmi menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak.

Sementara itu, Clooney turut menambah para ekstremis itu meneruskan pemerintahan mereka dalam keganasan melalui pembunuhan, paksaan dan rogol namun lebih mengejutkan adalah ketiadaan tindakan daripada PBB.

“Jika kita tidak bertindak, sejarah akan menghakimi kita dan tidak ada alasan kukuh di atas kegagalan ini.

“Kekurangan akauntabiliti hanya akan membawa kepada kitaran berterusan sahaja, Oleh itu membunuh IS di medan perang sahaja tidak mencukupi sebaliknya idelogi kumpulan ini juga haruslah dihentikan dengan membawa individu terlibat ke muka pengadilan,” katanya lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *