Pendaftar Pertubuhan diminta menolak penggunaan perkataan bersatu pada nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, penggunaan perkataan bersatu parti itu terlalu umum dan banyak digunakan termasuk UMNO.

“Kalau mereka (Parti Bersatu) hendak tubuh tidak apa, tapi jangan guna nama bersatu kerana ia ‘common’. Perkataan itu sangat mengelirukan masyarakat kerana semua orang guna.

“Perkataan amanah yang digunakan oleh Parti Amanah Negara juga umum tapi tetap diluluskan. Saya tidak faham kenapa ia diluluskan. Tapi kali ini perkataan ‘common’ seperti itu jangan digunakan dalam mana-mana parti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat, pada Khamis.

Selasa lalu, Muhyiddin mengemukakan permohonan kepada ROS untuk daftar parti baharu atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *