Bintang Real Madrid, James  Rodriguez dilapor ingin berhijrah ke Manchester United sebelum aksi musim depan bermula jika kelab gergasi Sepanyol itu mahu menjualnya.

Pemain Colombia itu berhijrah ke Real Madrid selepas aksi Piala Dunia 2014 dengan yuran pemindahan bernilai £62 juta.

Selepas menghadapi musim cemerlang, Rodriguez merasakan dirinya ‘dibeku’ apabila Zinedine Zidane dilantik sebagai jurulatih.

Berikutan itu, pemain tersebut sedia meninggalkan Real Madrid pada musim ini kerana ingin menjadi seorang yang dihargai dan diberi peluang utnutk beraksi.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward yang terdesak untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang dijangka akan menandatangani Rodriguez.

Menurut ESPN, Old Trafford  akan mendapatkan Rodriguez jika pemain itu meninggalkan Real pada musim panas ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *