Penasihat Eksekutif Kandungan Agama dan Pegawai Khas Pengerusi Astro, Izelan Basar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah berkuat kuasa hari ini.

Alhijrah Media Corporation dalam kenyataan media di sini, berkata bekas penyampai berita ntv7 yang juga pengarang bilik berita itu menggantikan Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang tamat perkhidmatan pada 31 Mac.

Izelan, 57, mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran dengan penglibatan di saluran televisyen di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura.

Di Astro, beliau bertanggungjawab mewujudkan saluran gaya hidup muslim 24/7 Astro Oasis dan juga terlibat pada peringkat awal penubuhan TV Alhijrah, demikian menurut kenyataan itu.

Beliau turut mempunyai pengalaman luas dengan penglibatan hampir 22 tahun dalam bidang penyiaran dan merupakan perintis kepada program berunsur keagamaan dan ilmiah antaranya Pencetus Ummah, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Jemputan Umrah, Khabar Haji, Salam Muslim, Pelayaran Islamik dan Ustaz Kazim – Kalau Dah Jodoh.

Sebelum ini, Izelan pernah bertugas di Chase Manhattan Bank, Amanah Merchant Bank, Suruhanjaya Sekuriti, ntv7 dan perunding kepada kandungan politik Astro.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *