Syarikat Ivanka Trump membuat permohonan maaf susulan anak Donald Trump itu dikecam hebat kerana mempromosikan barangan kemas semasa wawancara pertama bapanya selepas dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Ivanka yang muncul dalam program ’60 Minutes’ bersama bapanya dan tiga adik beradik lain dalam program yang disiarkan Ahad lalu, memakai gelang yang bernilai lebih AS$10,000 (RM43,265).

Sejurus program tersebut berakhir, pihak syarikat Ivanka kemudiannya menghantar emel kepada penulis fesyen bagi mempromosikan gelang yang dipakai semasa wawancara itu.

Presiden bagi jenama Ivanka Trump, Abigail Klem memberitahu DailyMail.com: “Pemberitahuan tersebut dihantar oleh seorang kakitangan pemasaran di salah sebuah syarikat kami dengan niat baik. Dia mengikut protokol seperti kebiasaan, dan seperti kebanyakan kita, masih sedang menyesuaikan dengan pasca pilihan raya.

“Kami secara proaktif membincangkan mengenai polisi dan prosedur baharu dengan semua rakan niaga kami,” katanya.

Ivanka sudah lama dilihat memakai barangan jenamanya di khalayak, malah sebelum memulakan kempen pilihan raya buat bapanya.

Bagaimanapun menerusi wawancara itu, ia merupakan pertama kali Ivanka menggunakan kedudukan bapanya yang dipilihan sebagai Presiden AS yang baharu untuk mempromosikan pemakaiannya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *