Anak perempuan presiden Amerika syarikat, Ivanka Trump kini mengintai pejabatnya di Rumah Putih.

Ivanka kini dikatakan sibuk untuk meletakkan dirinya di kedudukan terbaik di Rumah Putih.

Memetik laporan BBC, keputusan Ivanka bagaimanapun tidak direstui oleh pegawai-pegawai di sana.

Namun, Ivanka dikatakan mungkin akan mendapat pejabatnya tetapi tidak akan mempunyai gelaran rasmi atau gaji apabila bertugas di situ.

Para petugas di Rumah Putih turut mengesahkan, Ivanka sudah mempunyai akses kepada kebanyakan maklumat sulit berkaitan urusan negara memandangkan dia menjadi ‘mata dan telinga’ kepada Donald Trump sejak hari pertama Trump dilantik sebagai Presiden.

Selain itu, Ivanka juga bertindak memberikan nasihat kepada ayahnya.

Tidak hanya itu, Ivanka juga sudah mendapat kedudukan terbaik apabila dibenarkan menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin dunia, termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Canselor Jerman Angela Merkel.

Ivanka, yang sebelum ini sudah mempunyai jenama fesyen sendiri, akan menyertai suaminya Jared Kushner, yang merupakan penasihat kanan kepada Trump.

Ada laporan media melaporkan pasangan suami isteri ini mempunyai kepentingan peribadi dengan berdampingan bersama Trump.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *