Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menafikan beliau merupakan individu yang berpelukan dengan seorang wanita seperti dalam rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial.

Video berdurasi 15 saat itu, menular dalam laman sosial, menunjukkan seorang wanita yang sedang menari memeluk seorang lelaki dalam lokasi yang dipercayai sebuah kelab malam.

Ramai netizen terkejut dan mendakwa lelaki itu menyerupai Zairil.

Video itu juga menunjukkan lelaki berkenaan tidak menolak wanita tersebut apabila dipeluk dan juga tidak menari.

“Bukan saya dan ia mengarut, setiap hari pasti ada cerita tentang saya. Tidak pernah berhenti,” kata Zairil ketika dihubungi wartawan menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Mior Faridlatrash Wahid berkata, pihaknya tidak perlu melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Ia hanya sebuah video yang menunjukkan seseorang menari dengan seorang wanita,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow gagal dihubungi untuk mengulas perkara tersebut.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *