Pembelaan terhadap etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar bukan soal campur tangan Malaysia di negara itu, sebaliknya ia adalah atas dasar kemanusiaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri menegaskan bahawa sikap mengambil berat itu adalah atas dasar sikap kepedulian universalisme yang ditunjukkan oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.

“Kita mahu masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Jenayah mengambil tindakan terhadap tentera di Myanmar.

“Kita merasakan bahawa rakan-rakan kita (Rohingya) harus dibela (bukan sahaja) oleh kita, tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa keseluruhannya,” katanya ketika berucap pada ‘Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya’ di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *