Seorang isteri cedera di kepala dan tangannya akibat ditetak dengan pisau oleh suaminya yang berang dalam satu kejadian di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 28 tahun itu melarikan diri sejurus selepas kejadian manakala isterinya yang berusia 29 tahun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu mangsa membuat laporan polis pada Isnin. Polis menggiatkan usaha untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan,” katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berang dengan mangsa yang enggan mengikut permintaannya untuk tinggal berasingan daripada keluarganya.

Abdul Aziz berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda dan sebat, mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *