Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Israel Larang Penggunaan Bahasa Arab

Israel Larang Penggunaan Bahasa Arab

Tindakan Israel melarang pengumuman dalam bahasa Arab dalam perkhidmatan bas awam di Beersheba di Negev telah mencetuskan kritikan penduduk Palestin di wilayah itu, kelmarin.

Kecaman itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan Israel mengarahkan syarikat bas, Dan, supaya tidak lagi membuat pengumuman dalam bahasa Arab kononnya  menerima aduan daripada penduduk Yahudi di bandar terbabit.

Sebelum ini, syarikat bas tersebut telah membuat pengumuman dalam bahasa Hebrew dan Arab yang merupakan bahasa rasmi di wilayah itu.

Ahli Knesset mewakili komuniti Arab, Yousef Jabareen menyifatkan langkah itu sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menggambarkan bahasa Arab sebagai bahasa musuh.

“Ia menjadi tanggungjawab syarikat pengangkutan tersebut untuk menghormati bahasa Arab dan menggunakannya di semua tempat termasuk bas serta kereta api.

“Tindakan melarang penggunaannya jelas mencerminkan iklim perkauman dan mewujudkan suasana hasutan di wilayah ini,” katanya yang merujuk kepada rang undang-undang yang melarang laungan azan menggunakan pembesar suara yang disokong Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, awal bulan lalu. – al-Jazeera

Leave a Reply

Top