Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol tunggal untuk Manchester United ketika menewaskan Zorya Luhansk 1-0 pada aksi Liga Europa Kumpulan A di Od Trafford, awal pagi Jumaat.

Penyerang Sweden itu menanduk masuk gol tunggal itu pada minit ke-69 sekali gus memberi mata kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Kemenangan itu membolehkan United menebus kembali kekecewaan selepas tewas 0-1 di tangan Feyenoord dalam pertembungan peringkat kumpulan sebelum ini.

Aksi babak pertama bermula agak perlahan dengan kedua-dua pasukan banyak melakukan hantaran dan menekankan taktik bertahan.

Usaha Marcus Rashford untuk menjaringkan gol tidak kesampaian apabila percubaannya terkena palang.

Pada babak kedua, Wayne Rooney nyaris menjaringkan gol tetapi percubaannya tersasar.

United menduduki tangga kedua dengan mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan setakat ini.

Fenerbahce pula mengungguli kedudukan teratas kumpulan A dengan mengutip empat mata.

Senarai pemain:

MANCHESTER UNITED: Romero, Fosu-Mensah, Bailly, Smalling, Rojo, Fellaini, Pogba, Lingard, Mata, Rashford, Ibrahimovic. Pemain gantian: Johnstone, Carrick, Schneiderlin, Young, Martial, Memphis, Rooney.

ZORYA: Shevchenko, Sivakov, Chaykovskiy, Kamenyuka, Petriak, Kulach, Forster, Karavaev, Ljubenovic, Grechyshkin, Sobol. Pemain gantian: Sukhotskiy, Gordiyenko, Lipartia, Paulinho, Opanasenko, Checher, Chuvayev.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *