Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Husam Tanding Parlimen Kota Bharu

Husam Tanding Parlimen Kota Bharu

KOTA BHARU, Pakatan Harapan (PH) Kelantan hari ini mengumumkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Uumum ke-14 (PRU14) yang antara lain menyaksikan pengerusi gabungan itu, Datuk Husam Musa, bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu.

Husam, yang juga Naib Presiden Amanah, turut mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU13, demikian menurut Setiausaha PH Kelantan, Mohd Mazlan Ab Rahman dalam majlis memperkenalkan calon di Kadok, dekat sini, malam tadi.

“Secara keseluruhan PH akan bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi DUN di Kelantan,” katanya.

Berdasarkan jumlah itu Amanah akan bertanding di empat kerusi Parliman dan 23 kerusi DUN, PPBM (tujuh Parlimen, 13 DUN) manakala PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN.

Selain itu, PH juga akan mempertaruhkan Datuk Nordin Salleh untuk bertanding di Parlimen Tumpat, Mohamad Ibrahim (Pengkalan Chepa), Che Ujang Che Daud (Pasir Mas), Wan Shah Jihan Wan Din (Rantau Panjang), Abdul Halim Yusof (Kubang Kerian) dan Zulkifli Zakaria di Parlimen Bachok.

Dr Mohd Radzi Mohd Jidin (Ketereh), Dr Muhamad Fauzi Zakaria (Tanah Merah), Datuk Kamaruddin Md Noor (Pasir Puteh), Datuk Sazmi Miah (Machang), Azran Deraman (Jeli), Dr Ir Mohd Yazid Abdullah (Kuala Krai) dan Mohd Nor Husin (Gua Musang).

PH Kelantan turut mempertaruhkan 10 calon muda, antaranya Mohd Hisyamuddin Ghazali di DUN Apam Putra (dahulu dikenali Bukit Tuku) dan Zulhazmi Hassan (Panchor).

Tiga calon wanita turut diketengahkan PH Kelantan iaitu Nik Faizah Nik Othman (Kelaboran), Dr Hafidzah Mustakim (Tanjong Mas) dan Noraini Husain (Paloh).

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman turut diumumkan untuk bertanding di DUN Kota Lama.

Leave a Reply

Top