Sadio Mane muncul wira Southampton selepas mencipta hatrik ketika pasukan itu menundukkan Manchester City 4-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary, malam Ahad.

Kekalahan itu menyebabkan City berdepan kesukaran untuk melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara.

Tekanan mula menghantui anak buah Manuel Pellegrini yang akan bertemu Real Madrid dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan tersebut dalam tempoh tiga hari lagi.

Mane menjaringkan gol untuk Southampton pada minit ke-28, 56 dan 68 sekali gus melengkapkan hatrik kedua musim ini.

Penyerang kelahiran Senegal itu menjaringkan 14 gol setakat ini.

Southampton terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-25 menerusi Shane Long.

Namun City bangkit membalas asakan menerusi jaringan Kelechi Iheanacho pada minit ke-44 dan 78.

City cuba merapatkan jurang mata tetapi gagal mencipta magis sehingga tamat perlawanan.

City kini menduduki tangga keempat dengan mengutip 64 mata dalam 36 perlawanan dengan diekori rapat seteru utama, Manchester United di tempat kelima.

Southampton pula di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 57 mata.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *