Share on Facebook

Polis melarang puluhan wanita daripada menyaksikan pertandingan bola sepak di Semenanjung Gaza, semalam.

Pihak berkuasa di Gaza yang ditadbir Hamas memberitahu wanita terbabit bahawa mereka diarah tidak membenarkan golongan berkenaan memasuki stadium di kem pelarian Nuseirat di selatan bandar raya Gaza.

Sebahagian wanita menyaksikan pertandingan antara Al-Nuseirat dan Al-Jalaa dengan berdiri di luar pagar.

“Kami ke sini untuk memberi sokongan kepada pasukan dan belia di Nuseirat. Namun, kami terkejut apabila pengawal keselamatan Hamas menutup pintu dan tidak membenarkan kami memasuki stadium,” kata Ayat Othman, seorang daripada wanita berkenaan.

Aktivis, Amal Shihadeh, berkata beliau kecewa dengan tindakan pihak berkuasa itu.

“Kami mahu mencipta sejarah hari ini di Gaza dengan wanita bersorak menyokong kelab Al-Nuseirat.

“Malangnya, kami tidak dibenarkan masuk walaupun ada ruang khas untuk wanita di dalam stadium,” katanya. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *