Seorang lelaki berjaya mengesan teman wanitanya yang didakwa dirogol dengan menggunakan aplikasi carian lokasi ‘Find my iPhone’ selepas wanita itu tidak membalas mesej lelaki itu.

Mahkamah Tinggi di Singapura mendengar kes pada Khamis di mana seorang lelaki berjaya mengenal pasti lokasi teman wanitanya dengan menggunakan aplikasi berkenaan.

Dengan mengunakan aplikasi ‘Find My iPhone’ untuk mengesan teman wanitanya itu selepas wanita itu berhenti membalas mesej ketika dia berhibur bersama rakan sekerjanya di kelab malam.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia menemui wanita itu dalam keadaan pengsan, berbaring di atas tilam dengan lelaki lain di Huma Height

Suspek itu kini dalam perbicaraan atas tuduhan melarikan dan merogol wanita pada 24 Julai 2014

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *