Cristiano Ronaldo berkata beliau tahu akan menjaringkan gol penting kemenangan Real Madrid ketika menewaskan Atletico Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad.

Ia merupakan trofi ke-11 Real pada kejohanan berprestij dunia itu.

Ronaldo menjaringkan gol penting penalti penentuan pasukan Real yang berakhir dengan keputusan 5-3, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh masa sebenar dan tambahan.

Malah beliau sudah menjangkakan gol kemenangan itu selepas Juanfran terlepas penalti untuk Atletico.

“Saya ada visi. Saya tahu saya akan menjaringkan gol kemenangan… saya beritahu (Zinedine Zidane) mengenainya dan membiarkan saya mengambil sepakan penalti kelima dan itu bagaimana saya merealisasikannya.

“Sepakan penalti ibarat loteri. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami menunjukkan pasukan kami lebih berpengalaman dan kami buktikan dengan menjaringkan kesemua sepakan penalti.

“Ia amat luar biasa. Malam yang penuh menakjubkan,” kata Ronaldo.

Sementara itu, pemain sayap dari Wales, Gareth Bale mampu mengatasi masalah kekejangan kaki dengan meledak jaringan penentuan penalti buat Real.

“Jujurnya, saya tidak merasakannya, saya kejang. Perasaan yang menarik.

“Sukar, pada masa tambahan, kebanyakan pemain berdepan masalah kekejangan. Kami berjaya membuktikan kekuatan daya tahan yang ada dalam pasukan.

“Saya kejang selepas itu, syukur ia tidak terjadi sebelum itu. Ia satu perasaan yang menakjubkan,” kata Bale.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *