Felda United terus mengekori rapat  JDT selepas aksi Liga Super malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan menang keatas lawan masing-masing.

Dalam aksi Liga Super yang berlangsung malam tadi menyaksikan Felda United mengalahkan Pahang 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil gol daripada Zah Rahan Krangar pada minit ke-39, Muhd Shukor Adan (minit ke-43) dan Francis Forkey Doe, selang empat minit kemudian.

Manakala JDT mengalahkan PDRM 4-0 di stadium Tan Sri Hassan Yunos Johor Baharu.

Kedah pula memintas kedudukan Selangor di tangga ketiga liga selepas menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua gol skuad Lang Merah terhasil menerusi gol sendiri pemain Sarawak, Tommy Mawat Bada pada minit ke-64 dan sepakan penalti oleh Liridon Krasniqi pada minit ke-73 manakala Makeche Ndumba menyumbang gol tunggal untuk Sarawak pada minit ke-51.

Kelantan pula terus merekodkan kemenangan selepas menang tipis 3-2 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Tiga gol skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dijaringkan oleh Wander Luiz Junior pada minit ke-18 dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ketujuh dan minit ke-77.

Dua gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Matias Cordoba pada minit ke-20 dan Ranti Martins pada minit ke-45.

Dalam pada itu, Selangor dan T-Team gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah hanya mengutip satu mata ketika berdepan lawan masing-masing.

Selangor seri 1-1 menentang Terengganu di Stadium Shah Alam manakala T-Team dan Perak seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *