FAMA akan mengimport dua juta kelapa dari Indonesia bagi menampung jangkaan permintaan tinggi pengguna pada Ramadan, Mei ini.

Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata jumlah import itu dijangka dapat menampung keperluan pada Ramadan.

Pada musim biasa, Tajuddin berkata, kerajaan mengimport sejuta kelapa.

“Kita harap pemborong dan pengusaha santan tidak risau dengan bekalan kelapa pada musim berkenaan, selain harganya juga berpatutan berbanding dengan pasaran luar seperti pasar raya,” katanya ketika melawat Pasar Tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Tajuddin berkata, Pasar Tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara adalah pasar tani keempat yang diadakan di perkarangan masjid di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka sebanyak 50 buah pasar tani di seluruh negara bagi sepanjang tahun ini.

“Hingga kini kita sudah mempunyai sebanyak 664 buah pasar tani yang sedang beroperasi dan dengan nilai jualan lebih RM800 juta pada 2016,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *