Umno mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat ketetapan sekiranya berhasrat memulau dan membawa pulang skuad negara daripada beraksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan itu berada di tangan FAM, namun beliau bersetuju dengan langkah tersebut sekiranya terbukti pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingnya dilakukan kerajaan Myanmar.

“Mungkin ia antara pilihan bagi menunjukkan ketidakpuasan menerusi sukan tetapi sekiranya ada kaedah lain yang lebih efektif dan bijaksana, maka saya fikir sukan tidak perlu digunakan untuk perkara berkaitan politik.

“Kadang-kadang pemboikotan melalui sukan, kesan itu tidak sampai. Jika sukan buat boikot tersebut tapi politik tidak ada, tidak jadi apa. Lagi pun untuk Malaysia menarik diri ia perlu diteliti oleh persatuan sukan bukan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *