Selepas mengumumkan keluar daripada Umno, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor pada Khamis menyerahkan borang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ya, ia adalah benar. Saya boleh mengesahkan berita itu,” katanya.

Ezam berkata beliau telah bertemu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa untuk membincangkan mengenai hasratnya menyertai parti itu.

Pada 3 Oktober lalu, Ezam mengumumkan keluar daripada Umno untuk kali kedua.

Beliau menyertai semula Umno pada 2008 selepas berkhidmat dalam PKR sebagai pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam juga menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada April tahun ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *