Everton dilapor akan membuat tawaran sebagai pengurus yang menerima gaji terbaik dalam Liga Perdana Inggeris kepada Ronald Koeman sebagai usaha mendapatkan jurulatih tersebut.

Bagi mempertahankan Koeman daripada berhijrah ke Everton, Southampton bertindak menawarkan kontrak baru bernilai £5 selama dua tahun.

Bagaimanapun Everton mungkin akan menggandakan jumlah tersebut bagi memastikan Koeman memilih kelab berkenaan.

Everton bertindak demikian bagi meletakkan jurulatih kelahiran Belanda itu seiring dengan Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United) dan Arsene Wenger (Arsenal).

Rombakan yang dilakukan termasuk membawa pemain bertaraf bintang ke Everton dibuat selepas kelab itu mendapat sokongan dana daripada Farhad Moshiri.

Koemen sebelum ini hampir melanjutkan kontrak bersama Southampton, namun menangguhnya kerana ingin menyertai Everton.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *