Perkhidmatan tren komuter dan tren elektrik (ETS) tergendala awal pagi tadi berikutan masalah bekalan kuasa membabitkan laluan antara KL Sentral-Kepong dan KL Sentral-Batu Caves.

KTM Berhad (KTMB) menerusi akaun Twittwer rasmi @ktm_berhad memaklumkan, masalah itu menyebabkan jadual perjalanan tren di kedua-dua laluan itu mengalami kelewatan.

Berikutan itu, penumpang komuter diminta untuk mendapatkan pengangkutan lain seperti LRT dan MRT untuk ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun, masalah itu sudah dapat diatasi sekitar jam 8.30 pagi tadi namun, masih mengganggu jadual perjalanan.

“Masalah bekalan kuasa telah dapat diatasi.

“Walau bagaimanapun perkhidmatan komuter masih mengalami kelewatan. Mohon maaf. Terima kasih,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *