Share on Facebook

Penyanyi Ernie Zakri mengaku sikap teman duet, Syamel yang gemar menyakat dengan panggilan ‘sayang’ membuatkan ramai peminat menyangka mereka menjalin hubungan intim.

Bagaimanapun, Ernie memberitahu, orang terdekat yang mengenali mereka sedar keakraban dan kemesraannya dengan Syamel tidak lebih daripada sahabat karib.

“Bukan saya saja Syamel suka usik… Kakak dengan pembantu peribadi saya pun dia panggil ‘sayang’. Mungkin kebetulan, ketika dia menyakat saya, ada orang terdengar.

“Mereka yang kenal kami tahu perangai ‘gila-gila’ Syamel kalau rapat dengan seseorang. Kadang kala, saya ikutkan saja sikapnya itu sebab letih disakat,” dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, bertebaran gosip kononnya hubungan cinta antara Ernie dan pasangan duetnya itu bukan lagi rahsia apabila mereka menggunakan panggilan ‘sayang’.

Ernie mengaku dia dan Syamel ‘sekepala’ dalam banyak perkara.

“Boleh dikatakan kami ‘sekepala’ dan persahabatan bukan baru terjalin sebulan dua. Sekarang, kami makin kerap berjumpa kerana membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Ahad ini,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan mereka menghadapi pentas berprestij itu, Ernie berkata, dia dan Syamel berlatih sejak tiga bulan lalu termasuk dalam aspek kawalan suara dan konsep persembahan.

“Kami sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental. Hanya menunggu hari itu saja. Namun, paling utama adalah memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik,” katanya.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, dan Syamel yang pernah meraih juara Duo Star, bakal mempertaruhkan lagu berjudul Aku Cinta pada AJL 32

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *