Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila ratusan pemain industri minyak dan gas daripada seluruh dunia berhimpun di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) untuk menghadiri pameran ‘Offshore Technology Confrence Asia’ (OTCA) 2018.

Pameran bertaraf dunia ini bermula pada 20 hingga 23 Mac telah disempurnakan perasmian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menyedari betapa pentingnya pameran seumpama ini disertai, sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu tidak ketinggalan untuk turut serta.

Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad percaya penyertaan syarikat berasaskan minyak dan gas pada pameran dua tahun sekali ini sedikit sebanyak mampu memperkenalkan syarikat di mata masyarakat antarabangsa.

Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Atiaullah Raslan dalam pertemuan dengan beliau semalam berkeyakinan penuh bahawa penyertaan julung kali EPIC ini mampu mengetengahkan produk-produk syarikat di kalangan pemain industri minyak peringkat global.

Sebagai bukti kata beliau sebaik sahaja acara perasmian selesai disempurnakan hampir 10,000 pengunjung membanjiri dewan untuk menyaksikan produk yang ditawarkan oleh syarikat tempatan dan antarabangsa.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengira jumlah pengunjung ataupun rakan bisnes ke booth EPIC tetapi jumlahnya agak ramai.

“Ada beberapa wakil syarikat antarabangsa berminat ‘join venture’ dengan kita. Tetapi kita kata hantar dulu profil syarikat dan setelah kita teliti kita hubungi mereka untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Bertolak daripada minatnya beberapa syarikat luar untuk jalin hubungan perniagaan dengan EPIC, Atiaullah yakin hasrat beliau untuk memperkenalkan syarikat kepada masyarakat luar, tercapai.

Untuk kali ini EPIC menampilkan beberapa elemen. Antaranya elemen pelabuhan dan logistik serta ‘maintenance, repair dan overhall’.

EPIC menceburi pelbagai bidang dalam industri berasaskan minyak dan gas. Antara syarikat bernaung di bawah EPIC ialah Pengkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd., TUBEX Sdn. Bhd., Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd., EPIC OG Sdn. Bhd., Eastern Pacific Properties Sdn. Bhd., Sukma Samudra Sdn. Bhd., dan EPIC Marine & Services Sdn. Bhd.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *