England dan Rusia akan disingkirkan daripada Kejohanan Eropah (Euro) 2016 sekiranya insiden keganasan penyokong seperti yang berlaku pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di Marseille berterusan.

Perlawanan England-Rusia yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 dicemari dengan pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan sebelum dan selepas permainan.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa penyokong mengalami kecederaan, termasuk seorang dari England yang kini berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Malah pergaduhan berdarah yang dilihat serius itu memaksa badan induk bola sepak Eropah memberi amaran keras untuk menyingkirkan kedua-dua pasukan itu sekiranya kelakuan ganas para penyokong terus berlaku.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkata, mereka “tidak teragak-agak mengenakan sekatan  tambahan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) dan Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) termasuk potensi disingkirkan…jika keganasan seperti itu berlaku lagi.”

Penyokong-penyokong Rusia didakwa  menimbulkan ‘gangguan berkumpulan’, berkelakuan rasis dan membakar bunga api pada Ahad.

Manakala England juga diberi amaran keras bertulis dan turut mengingatkan FA agar bertanggungjawab memantau kelakuan penyokong-penyokong mereka yang berada di Perancis sepanjang Euro berlangsung.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *