Empat sungai utama di Terengganu kini melebihi paras bahaya, dua sungai melebihi paras amaran dan dua sungai melebihi paras berjaga-jaga.

Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan empat sungai utama di Terengganu kini melebihi paras bahaya, dua sungai melebihi paras amaran dan dua sungai melebihi paras berjaga-jaga. Menurut Jabatan itu satu daripada empat sungai utama itu terletak di Besut iaitu Sungai Besut di Kampung La yang mencatatkan 23.64 meter (m) melebihi paras bahaya 21.80m dan satu lagi lokasi, Sungai Besut di Jambatan Keruak iaitu 36.48 melebihi paras bahaya 35 meter.

Tiga lagi terletak di Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu dengan 25m melebihi paras bahaya 24.50m, Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun iaitu 22.21m berbanding paras bahaya 21m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu iaitu 21.55m berbanding paras bahaya 21.50m.

Dalam laman web publicinfobanjir.water.gov.my jabatan itu juga melaporkan bahawa dua sungai mencatat kenaikan melebihi paras amaran iaitu Sungai Tebak di Kemaman naik 18.36m berbanding paras amaran 17.80m dan Sungai Telemong di Kuala Ping iaitu 19.33m berbanding paras amaran 19.30m.

Sungai Dungun pula mencatatkan kenaikan melebihi paras berjaga-jaga di dua lokasi iaitu Sungai Dungun di Pasir Raja mencatat kenaikan 36.14m berbanding paras berjaga-jaga 36m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau iaitu 10.91m berbanding paras berjaga-jaga 10.90m.

Sungai Besut di Jambatan Jerteh pula naik kepada 10.91m berbanding paras berjaga-jaga 10.90m.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan yang telah surut dinaiki air semula awal pagi ini.

Penduduk di Hulu Terengganu dan Kemaman juga dilaporkan masih dalam proses berpindah ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan ketika ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *