Calon bebas haluan sederhana Emmanuel Macron, 39, berjaya memenangi pilihan raya Presiden Perancis semalam selepas mengetepikan calon berhaluan kanan Marine Le Pen.

Marcon dilaporkan menerima 65.31 peratus daripada undi, lapor NBCNews.

Kemenangan beliau telah disahkan menerusi data yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Saya memanggil Emmanuel Macron semalam untuk mengucapkan tahniah kepada beliau,” kata penjawat jawatan Presiden sekarang Francois Hollande dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, difahamkan tarikh untuk Macron mengangkat sumpah jawatan minggu depan di Istana Elysee belum ditetapkan lagi.

Namun tarikh berkenaan dijangkan akan diadakan sebelum berakhirnya penggal perkhidmatan Presiden Francois Hollande pada 14 Mei ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *