Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan mengabaikan Mahkamah Agung dan Kongres serta mengenakan undang-undang tentera jika masalah dadah di negara itu menjadi lebih teruk.

“Saya tidak peduli tentang Mahkamah Agung kerana saya berhak untuk memelihara kehidupan seseorang dan negara saya. Mempertahankan negara adalah paling utama daripada mana-mana halangan undang-undang.

“Jika jenayah ini semakin meruncing, saya akan isytiharkan undang-undang tentera. Negara saya akan mengatasi segala-galanya meskipun terpaksa melanggar batasan,” katanya.

Berdasarkan Perlembagaan negara, undang-undang tentera boleh dilaksanakan dalam kes pencerobohan asing dan pemberontakan bersenjata.

Kali terakhir undang-undang tersebut dikenakan di Filipina adalah pada 1970-an atas perintah bekas Presiden Ferdinand Marcos, dalam usaha beliau untuk menghentikan pemberontakan berhaluan kiri.

Sepanjang tempoh itu, kerajaan telah dituduh melanggar hak asasi manusia.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *