Share on Facebook

MANILA, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan pemberontak komunis sebagai ‘pengganas’.

Jurucakapnya Harry Roque berkata, kenyataan itu dibuat Duterte seminggu selepas membatalkan rundingan damai dengan kumpulan pemberontak paling lama di Asia.

Duterte menandatangani perintah mengisytiharkan dua kumpulan komunis sebagai ‘organisasi pengganas’ tetapi masih memerlukan kelulusan mahkamah untuk ia berkuat kuasa.

Dalam usaha untuk mengadakan rundingan, tahun lalu Duterte membebaskan pemimpin tertinggi pemberontak daripada penjara dan mengadakan pertemuan di istana presiden.

Bagaimanapun, proses rundingan damai itu menemui jalan buntu apabila tentera dan polis diserang hingga membangkitkan kemarahan Duterte.

Pengisytiharan itu membabitkan Parti Komunis Filipina (CPP) dan sayap bersenjata yang terdiri daripada 3,800 anggota dan Tentera Rakyat Baru (NPA).

Tindakan itu juga susulan pengisytiharan Amerika Syarikat pada 2002 yang meletakkan dua kumpulan itu sebagai ‘organisasi pengganas luar’. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *