Dua letupan menggegarkan stesen bas di timur Jakarta semalam menyebabkan lima maut termasuk dua suspek pengebom berani mati dan tiga pegawai polis, lapor Channel News Asia.

10 orang cedera termasuk pegawai polis dan orang awan dalam letupan di jalan bersebelah dengan stesen bas di Kampung Melayu kira-kira 9 malam (waktu tempatan).

Masih tidak jelas dalang di sebalik serangan itu namun Indonesia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas satu siri plot dan serangan sejak kebelakangan ini oleh militan Daesh.

Jurucakap polis negara, Setyo Wasisto memberitahu pemberita, dua pengebom berani mati terlibat dalam serangan dan tiga pegawai polis terbunuh.

“Saya menzahirkan takziah susulan kematian tiga pegawai polis,” katanya

Menurut Setyo, lima pegawai polis dan lima orang awam cedera dan pengebom berani mati kedua-duanya lelaki mati dalam serangan itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *