Dua lelaki terselamat selepas semalaman terkandas di laut dengan hanya berpaut pada bekas yang digunakan untuk menyimpan ikan selepas bot mereka karam di persisiran Pantai Malindo sini.

Polis berkata, Lim Thing Guan, 68, dan Jamil Mohd Noor, 50, sibuk menarik pukat yang mereka pasang sebelum ombak kuat membadai bot sepanjang 7.3 meter yang diperbuat daripada gentian kaca, menyebabkan ianya karam kira-kira pukul 7 petang Jumaat.

Kedua-dua mangsa terpaksa bertahan dengan berpaut pada bekas ikan tersebut.

Awal pagi Sabtu, Lim ditemukan nelayan kira-kira 8 pagi dan diselamatkan.

Kira-kira 10.05 pagi, dia membuat laporan polis untuk melaporkan kehilangan rakannya, Jamil yang masih belum ditemukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya dimaklumkan mengenai kes tersebut dan melancarkan operasi mencari Jamil.

Ketika dalam misi pencarian, pihak penyelamat dimaklumkan tentang penemuan Jamil oleh nelayan dan mangsa dijumpai dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke jeti Sungai Pinang.

Jamil kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau tetapi dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *