KUALA LUMPUR, Sebuah van milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah merempuh dinding berhampiran jambatan udara (aerobridge), menyebabkan dua kakitangan syarikat cedera serius.

Dalam kejadian petang Rabu, van tersebut dipercayai dipandu laju sebelum melanggar dinding Bay H2.

“Kakitangan MAB terlibat dalam kemalangan tersebut. Kedua-duanya mengalami kecederaan serius.

“Mangsa pertama (pemandu) disyaki patah kaki manakala mangsa kedua (penumpang sebelah pemandu) disyaki patah kaki dan tangan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan,” menurut sumber.

Maklumat awal mendapati pemandu dipercayai diserang sawan semasa memandu.

Sementara itu Pihak Unit Perkhidmatan Pesawat (ASU) memaklumkan bahawa pemandu tiada permit memandu (ADP).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *