Share on Facebook

Sepasang stokin busuk menyebabkan seorang lelaki ditahan Polis India kerana mencetuskan rasa kurang senang penumpang lain dalam sebuah bas.

Menurut polis, tindakan lelaki itu menanggalkan kasut dan stokin dan meletakkannya di laluan dalam bas ketika dalam perjalanan dari Himachal Pradesh ke New Delhi menyebabkan rasa marah penumpang lain.

Mereka yang kurang senang mengarahkan lelaki itu mengalihkan atau membuang stokin terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu berdegil hingga mencetuskan salah faham sehingga memaksa pemandu bas berhenti di balai polis di daerah Una, Himachal Pradesh.

Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi berkata, bas itu terpaksa berhenti beberapa kali kerana masalah bau yang kurang menyenangkan sebelum sampai ke balai polis.

“Lelaki itu ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin,” kata Gandhi. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *