Seorang menteri tampil meminta tiga bekas pegawai tinggi kerajaan “membersihkan nama mereka” berhubung gambaran bahawa mereka terlibat dalam konspirasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed “tidak boleh berdiam diri”.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu merujuk kepada laporan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa Najib mungkin sudah tersingkir daripada jawatannya itu sekarang jika tiga Tan Sri itu tidak dikhianati.

“Lebih baik kalau tiga Tan Sri ini tampil menafikan (laporan itu) kalau betul tidak ada berlaku seperti yang disebut Dr Mahathir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno  Bahagian Parti Sulong, Jumaat.

Pada Khamis, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Sri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan serupa kepada ketiga-tiga Tan Sri itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *