Deportivo Alaves berjaya mengalahkan Celta Vigo 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey, awal pagi Khamis.

Kemenangan ini melayakkan Alaves ke final dengan agregat 1-0.

Dalam perlawanan puncak, Alaves akan menentang juara bertahan Barcelona yang telah mengalahkan Atletico Madrid dengan agregat 3-2, awal pagi Rabu.

Final Copa del Rey ini menjadi yang pertama bagi Alaves, sekali gus menjadi perlawanan terbesar mereka sejak kalah dengan Liverpool di final Piala UEFA 2000/2001.

Perlawanan berlangsung di markas Alaves, di Stadium de Mandizorroza.

Pemain pengganti Edgar Mendez menjadi wira Alaves dengan meledakkan gol tunggal pada minit ke-82.

Alaves bermain lebih baik dengan 46 peratus penguasaan bola, 14 percubaan (tiga tepat ke gawang) berbanding Celta yang membuat sembilan percubaan (tiga tepat ke gawang).

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *