David De Gea akan meninggalkan Manchester United pada akhir musim ini sekiranya Louis Van Gaal kekal sebagai jurulatih kelab itu.

Penjaga gol Sepanyol itu dilapor tidak gembira berada di bawah kendalian Van Gaal walaupun melanjutkan kontraknya selama empat tahun pada awal musim ini.

Sumber di Old Trafford berkata, De Gea yang dikehendaki oleh Real Madrid cuba memberi tekanan untuk berhijrah.

De gea dikatakan pemain pertama yang akan meninggalkan United selepas kelab itu gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Sementara itu, Man United dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Zlatan Ibrahimovic untuk membawa pemain itu ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Pemain Sweden itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas kontraknya tamat pada musim ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *