Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral, hari ini.

Pemakaian pangkat itu menyaksikan Fadzlette muncul satu-satunya wanita yang masih berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memakai pangkat berkenaan.

Pemakaian pangkat beliau disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabat beliau di Putrajaya petang tadi.

Fadzlette berkhidmat selama 37 tahun bersama ATM, antara wanita yang menjadi kumpulan pertama diambil untuk berkhidmat secara tetap dalam cabang darat ATM pada tahun 1980.

Beliau menjawat jawatan selaku Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri sejak tahun 2015 ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *