Datuk Seri Mah Siew Keong menyelar DAP yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang kerana gagal menangani kebimbangan rakyat terhadap pencemaran alam sekitar dan pembersihan cerun bukit di negeri berkenaan.

Presiden Gerakan itu kemudiannya menuduh Pakatan Harapan “menjual harapan palsu” kepada rakyat Pulau Pinang.

“Ia bermula dengan masalah kerosakan bukit. Saya mempunyai semua keratan akhbar yang menunjukkan bahawa bukit di Pulau Pinang digondolkan. Ini adalah masalahnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-45 di Menara PGRM pada ahad.

Presiden Gerakan itu turut menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani kenaikan kos perumahan di negeri itu.

“Ramai rakyat Pulau Pinang mengadu bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membeli sebuah rumah. Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin mendapat diskaun.

“Tetapi jika beliau benar-benar meletakkan rakyat dihatinya, beliau tidak boleh mendapatkan diskaun itu tetapi perlu mencari cara supaya rakyat untuk mendapat diskaun,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *