TAWAU, Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau, Sam Aminuddin menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya terdapat sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas pasar raya tersebut pada Jumaat lepas, kira-kira pukul 9 pagi menunjukkan tiada sayur plastik dijual seperti didakwa.

“Pembekal sayur kepada pasar raya berkenaan turut dikenal pasti dan turut dipanggil selepas tular dakwaan sayur plastik dijual,” dipetik sebuah portal online.

Pada Jumaat, pemilik akaun  Facebook ‘Nurul Syamia’ telah memuat turun gambar serta status menyebut sayur plastik di Century Department Store Sdn Bhd di Batu 3.

Sementara itu, Penolong Pengurus,  pasar raya itu Hon Hock Jiang kesal dengan maklumat tidak betul yang ditularkan kerana boleh menjejaskan nama baik pasar raya berkenaan.

“Para pengguna di daerah ini, diharap agar lebih bertanggungjawab dalam melabelkan  sesuatu produk, kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada  perniagaan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *