Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) yakin kerajaan dapat mempertimbangkan semula permohonan semakan gaji, elaun, bonus dan kenaikan gred bagi beberapa jawatan penjawat awam menjelang pembentangan Bajet 2018.

Timbalan Presiden II CUEPACS, Zainal Ismail, berkata kestabilan ekonomi Malaysia ketika ini sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa, membuatkan pihaknya yakin tuntutan itu tidak akan membebankan kerajaan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar senarai permintaan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, dan berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan sewajarnya bagi merealisasikannya.

“Seiring hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam negara berkelas dunia, kita harap kerajaan dapat memberi inspirasi dengan menitikberatkan kebajikan penjawat awam dari semasa ke semasa.

“CUEPACS bukan ingin menekan, tetapi tuntutan kita ini adalah mengikut kemampuan kerajaan dan kita yakin kepemimpinan negara sekarang mampu merealisasikannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di sini, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *