Langkah meneruskan pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang dapat memendekkan waktu perjalanan selain merancakkan pertumbuhan ekonomi di jajaran terbabit.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kelantan Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed berkata pertumbuhan ekonomi itu disokong menerusi kemudahan komunikasi yang bakal dibina sepanjang Lebuhraya CSR.

“Bila ada jalan raya baharu, ia akan membolehkan lebih banyak pusat perniagaan dibina sekali gus menyumbang kepada peningkatkan bilangan penduduk di kawasan terbabit.

“Bagi jangka masa panjang pula, ia akan membantu pembangunan bandar-bandar kecil walaupun mungkin mengambil masa untuk direalisasikan,” dipetik sebagai berkata.

Beliau mengulas peruntukan RM230 juta bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya CSR dengan jarak 390 kilometer yang menghubungkan Pahang dan Kelantan dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM55 juta bagi subsidi pengangkutan luar bandar bermula dari Gua Musang ke Tumpat.

Zulkifli berkata secara keseluruhannya bajet inklusif yang dibentangkan Perdana Menteri mencakupi keperluan semua lapisan masyarakat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *