Share on Facebook

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Selangor, Dato’ Amiruddin Setro berkata sama ada calon itu baru ataupun lama yang bakal diketengahkan oleh Badan Perhubungan Umno Selangor pada Pilihanraya Umun akan datang, itu bukan perkara utama.

Sebaliknya bakal calon yang hendak diketangahkan nanti mestilah calon yang boleh menang dan yang paling mustahak sekali ialah calon tersebut mesti boleh menang dikawasan yang mereka tandingi.

“Itu amat penting. Yang kita mahu ialah calon itu mestilah calon yang boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) . Soal dia orang muda ke ataupun orang lama ke, tak perlu kita ambil kira sangat. Apa yang hendak kita perkatakan sekarang ialah calon yang hendak bertanding itu harus dikenal pasti sebagai calon yang boleh menang,” katanya.

Tambah Amiruddin lagi, selain daripada calon boleh menang yang bakal dipertaruhkan oleh Umno Negeri, satu perkara lagi yang seharusnya kita tidak boleh ketepikan ialah pandangan para pengundi setempat.

“Mereka yang hendak memilih wakil rakyat mereka. Seharusnyalah pandangan mereka kita ambil kira. Itu sebab saya katakan sebentar tadi selain winable candidate, calon disukai pengundi seharusnya tidak dipinggirkan, “ katanya.

Amiruddin berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Datuk Ismail Kijo yang mahukan Umno Selangor menurunkan tidak lebih 20 peratus muka baru pada PRU ke-14 nanti.

Ketua Umno Bahagian Ampang itu berkata sejarah 2008 yang mana terlalu ramai muka baru diketengahkan oleh Menteri Besar pada ketika itu membuatkan Selangor terlepas kepada Pakatan Rakyat.

Ismail menekankan disebab pemimpin lama diketepikan oleh Menteri Besar, pengikut-pengikut pemimpin berkenaan mensabotaj dengan memberi undi kepada pihak lawan. Tujuan mereka berbuat demikian kerana mahu memberitahu MB bahawa terlalu ramai muka baru diketengahkan ia merupakan satu kesilapan.

Dalam perkembangan lain, Amiruddin menegaskan sekiranya Umno kembali memerintah Selangor, persoalan siapa yang bakal diketengahkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, seharusnya di ketepikan buat sementara waktu.

“Kita mesti menang dulu para PRU kali ini. Lepas itu barulah kita bercakap mengenai MB,” katanya.

Bagi pandangan beliau terlalu ramai calon Umno yang layak diketengahkan sebagai orang nombor satu Selangor. Sama ada calon berkenaan terdiri daripada pemimpin lama ataupun baru, mereka semua berkelayakkan memimpin Selangor.

“Bagi pendapat saya kalau nak cari MB, carilah orang yang agresif sikit,” katanya.

Amiruddin antara wakil rakyat berpengalaman di Selangor dan pemimpin disenangi oleh para pengundi di Jeram khususnya dan Selangor, amnya.

Mula dipilih sebagai calon Jeram pada 2004. pada ketika itu beliau menentang calon PAS. Beliau memperolehi 9,114 undi dan lawannya, 3,517 undi. Pilihan raya seterusnya niakiutu 2008, sekali beliau diketengahkan oleh Umno negeri juga di Jeram.

Seterunya tetap sama iaitu Pas. Beliau menang bergaya apabila mempeolehi 8,203 undi sementara lawannya, 6,733 undi.

Bintang Amiruddin ataupun Dato’ Amir Jeram kian bersinar apabila namanya diangkat pada PRU 2013. Kali ini sekali lagi beliau ditentang oleh PAS iaitu Rashid Kassim. Beliau dengan mudah menjinakkan calon tersebut apabila memperolehi 13,632 undi sementara calon lawan,10,798 undi.

“Umno sudah menjadi darah daging saya. Membantu rakyat yakni para pengundi Jeram bagikan satu kemestian kepada saya. Sayalah orang paling gembira sekiranya masalah rakyat dapat saya tangani dan akan berasa amat sedih andai kata masalah diketengahkan kepada saya, tak dapat saya selesaikan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *