Share on Facebook

Sejak dahulu lagi, penerbit filem berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah filem yang berbeza. Bahkan ramai juga penerbit pada masa kini gemar menghasilkan filem yang mempunyai sentuhan moden termasuk elemen CGI.

Namun berbeza dengan filem terbaharu terbitan Astro Shaw ini yang akan mengimbau filem-filem seperti Azura, Ali Setan, yang cukup popular suatu masa lalu, bahkan hingga kini masih diterima ramai.

Busker, menampilkan cinta remaja di zaman kolej, diarahkan oleh Syed Khairul Fariz dan dijayakan pelakon baru dan popular seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.

Filem yang baru tamat penggambaran akhir tahun lalu ini juga turut menampilkan beberapa cameo seperti MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate.

Menjalani penggambaran selama sebulan, melibatkan 90 peratus kawasan di Johor Bharu, Syed Khairul berkata, penggambaran berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kami mendapat kerjasama yang sangat baik dari seluruh pelakon, kru produksi. Filem Busker ada beberapa elemen menarik until ditonton.”

“Kami memilih Johor kerana ingin explore tempat-tempat menarik yang ada dan tampilkan ke layar perak. Malah jarang filem menampilkan lokasi-lokasi di Johor. Jadi ia sesuatu yang baru.

“Malah kami juga mendapat bantuan dan sokongan yang penuh dari warga Johor Bahru. Sentiasa memberi bantuan dan sokongan bila diperlukan,” katanya yang pernah mengarahkan drama Jodoh 2 dan Keluarga Iskandar.

Filem yang dijangka akan menemui penonton pada akhir tahun ini, turut memperlihatkan MonoloQue terlibat dalam menyusun semula empat lagu iaitu Ali Malas – Rausyan Fikir, Slumber – OAG, Alamak – Salam Musik, Dia untuk Kekasih – Datuk Ramli sarip.

Selain itu MonoloQue turut mencipta enam buah lagu baru iaitu Semak, Kekasih Lama, Jelingannya, Mogok Tenteram dan Atma Jiwa, di mana Atma Jiwa turut menjadi soundtrack untuk filem ini.

Astro Shaw memilih Hafeez Mikail dan Daiyan sebagai teraju utama kerana mereka menepati ciri-ciri watak Adel dan Vera.

Malah Hafeez juga mempunyai bakat boleh berlakon, menyanyi dan bermain muzik.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *