Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, menegaskan tiada keistimewaan akan diberikan kepada pasukan luar untuk menyertai Liga Malaysia (Liga M), setelah kedengaran Brunei bakal kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan musim depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini menerima kunjungan delegasi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Delegasi yang diketuai Pemangku Timbalan Presiden NFABD, Awang Madli Mohd Yusof, itu mengadakan lawatan kerja sehari.

Antara lain, ia merangkumi susulan minat mendalam rakyat dan peminat bola sepak di Brunei terhadap bola sepak Malaysia.

Tatkala Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berharap kerjasama di antara kedua-dua badan induk itu akan berterusan, Kevin memaklumkan Brunei bagaimanapun tidak dijamin terus ke liga utama.

“Terima kasih kerana berminat untuk sertai Liga Malaysia, tapi mereka perlu sertai dari liga yang terendah sebelum ke Liga Perdana dan Liga Super,” tegas Hamidin.

Saingan Liga M sebelum ini diserikan oleh wakil Singapura, LionsXII, selama empat musim.

Skuad Lions bagaimanapun mendapat keistimewaan apabila diletakkan dalam liga utama, namun musim lalu menjadi penampilan terakhir mereka di Malaysia.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *