Raja pecut dari Jamaica, Usain Bolt dan ratu pelari jarak jauh dari Ethiopia, Almaz Ayana dinobatkan sebagai Atlet Olahraga Terbaik Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) 2016 pada Jumaat.

Bolt menamatkan saingan di Olimpik Rio, Ogos lalu dengan meraih tiga pingat emas dalam acara 100 meter, 200m dan 4x100m walaupun bergelut dengan kecederaan.

Beliau merangkul anugerah tersebut buat kali keenam.

Bolt menamatkan perlumbaan dengan catatan 9.81 saat dan 19.78s masing-masing untuk acara 100m dan 200m di Rio sebelum membantu Jamaica menjuarai acara 4x100m dengan catatan masa terbaik 37.27s.

Beliau juga sukar dicabar mana-mana pelumba pada musim ini dalam semua acara termasuk di peringkat saringan.

Bolt, 30, turut merancang untuk menyertai acara 100m dalam kejohanan dunia di London pada tahun hadapan.

Sementara itu, Ayana mempamerkan larian luar biasa di Rio apabila bukan sahaja memenangi emas tetapi memadam rekod dunia berusia 23 tahun dalam acara 10,000m wanita.

Ayana melakar catatan menakjubkan iaitu 29 minit, 17.45 saat – 14.33s lebih pantas daripada catatan lama milik pelari China, Wang Junxia (29:31.78s) yang dilakukan pada 1993.

Malah, masa tersebut juga berjaya memadam rekod Olimpik 29:54.66s.

Tiada atlet wanita berjaya mencatat bawah 30 minit sejak tujuh tahun lalu, namun Ayana berjaya menewaskan 13 peserta lain.

Dia menjadi atlet wanita ketiga dari Ethopia untuk memenangi anugerah tersebut selepas Genzebe Dibaba pada 2015 dan Meseret Defar pada 2007.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *