Keahlian Umno Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh dibatalkan susulan pengumuman beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausaha Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday bagaimanapun menafi dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pengumuman Dr Shahruddin.

“Beliau (Dr Shahruddin) hilang keahliannya ketika (beliau) diumumkan akan menyertai Pribumi.

“Barisan masih menguasai DUN (Johor).

 “Tindakan Dr Shahruddin menyertai Pribumi tidak menjejaskan majoriti pemerintahan di sini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Md Jais berkata terdapat 56 kerusi DUN Johor di mana Barisan menguasai 37 kerusi manakala pembangkang hanya 18 kerusi.

Beliau menegaskan tindakan Dr Shahruddin menyertai Pribumi menyebabkan Barisan menguasai 36 kerusi manakala Pakatan 18 kerusi.

PPBM pula mempunyai satu kerusi.

“Ini menunjukkan Barisan masih menguasai majoriti dua pertiga DUN Johor kerana kami mempunyai 36 kerusi yang lebih daripada mencukupi,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *