Pengurus Laurent Blanc mengambil keputusan untuk meninggalkan Paris St Germain (PSG) meskipun berjaya memacu kelab itu menang treble pada aksi liga domestik musim lalu, lapor akhbar berita sukan Perancis, L’Equipe.

Menurut akhbart tersebut, Blanc, 50, yang menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun pada Februari lalu menerima bayaran pampasan sebanyak 22 juta euro.

PSG memenangi kejuaraan Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga Perancis musim lalu.

Masa depan Blanc di PSG mulai samar sejak tiga minggu lalu apabila Presiden PSG, Nasser al Khelaifi menyifatkan musim 2015-2016 sebagai satu kegagalan.

Ini berikutan penyingkiran kelab itu daripada aksi Liga Juara-Juara oleh Manchester City.

PSG menjulang kejuaraan treble buat kali kedua dengan memenangi saingan Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga Perancis tetapi gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan Liga Juara-Juara selepas tersingkir di pusingan suku akhir buat kali keempat berturut-turut.

Blanc yang juga bekas pemain pertahanan Perancis mengambil alih jawatan Carlo Ancelotti di PSG pada 2013.

Dia menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun pada Februari lalu.

Namun difahamkan kontrak itu ditamatkan pada Rabu.

Media Perancis dan Sepanyol melaporkan posisi Blanc akan diisi Unai Emery yang meninggalkan Sevilla pada 13 Jun lalu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *