Polis tidak mengeluarkan sebarang notis mengenai penutupan jalan di ibu negara berikutan perhimpunan Bersih pada 19 November ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita belum mengeluarkan lagi apa-apa berhubung penutupan jalan,” katanya sambil menolak andaian berkenaan.

Satu senarai jalan yang kononnya akan ditutup semasa perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan, mencetuskan kekecohan di media sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.

Ia berkata, jalan akan ditutup untuk pengguna jalan raya dari pukul 5 pagi sehingga 6 petang 19 November.

Ini termasuk jalan-jalan utama di Kuala Lumpur seperti Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Bulatan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja.

Mesej berkenaan turut menyatakan bahawa perhimpunan yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan peserta boleh pergi ke sana termasuk di kawasan sekitar Masjid Negara.

Ia turut menasihatkan bakal peserta supaya tidak memakai baju kuning atau merah kerana ia akan mengelirukan dan boleh menimbulkan kesulitan membabitkan peserta lain dan pihak berkuasa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *