Menteri Keluarga Turki, Fatma Betul Sayan Kaya dilapor telah ditahan pihak berkuasa Belanda dan diisytiharkan sebagai ‘individu tidak dikehendaki’.

Fatma ditahan bagi menghalang beliau daripada melakukan demonstrasi sebagai tanda solidariti terhadap Presiden Turki Tayyip Erdogan di Rotterdam.

Penahanan Fatma sekali gus mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Fatma berlepas ke Belanda dari Jerman dengan menaiki kereta selepas Menteri Luar Turki tidak dibenarkan memasuki negara itu pada Sabtu.

 Menurut stesen TV Belanda, Fatma akan diiringi polis negara itu ke sempadan Jerman.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *